Home blog
Category

blog

Ini gambar kami pada bulan Ramadhan 2015. Masa ni Fara Balu (Ibu Tunggal) dan anak-anak Fara menerima bantuan sumbangan anak yatim di Masjid Seremban.

Masa ini hanya Allah SWT saja tahu, betapa ‘survive’ nya Fara menjadi seorang Balu. Emosi tak stabil, pelbagai dugaan lain datang bertimpa-timpa. Fara sedih sangat bila terkenang saat itu.

Hari ini Fara ingin berkongsi kisah bagaimana mengharungi kisah sebenar Fara sendiri menjadi Balu dan berjaya keluar dari kemelut cabaran Ibu Tunggal.

Menjadi Ibu Tunggal ini, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Terlalu banyak ‘dugaan’ dan ‘masalah’ seorang balu hadapi.

Namun Fara tukarkan perkataan ‘dugaan’ dan ‘masalah’ kepada perkataan yang lebih kuat untuk diri Fara. Fara ubah perkataan jadi Cabaran (Challenges).

Ini kerana hanya dengan ubah perkataan saja membuatkan kita merasa diri menjadi lebih kuat dan bersemangat untuk harungi cabaran ini.

5 Tips Fara hadapi Cabaran Balu (Ibu Tunggal) :

1. Kawal emosi dengan redha

Ya, sememang balu mempunyai cabaran emosi. Ini kerana kehilangan orang yang tersayang merupakan sesuatu yang paling sukar. Hilang seluruh tenaga.

Seumpama jiwa bagai direntap. Memang ternyata emosi membuatkan kita lemah seluruh badan. Jadi, sentiasa mohon pada Allah SWT untuk kuatkan diri.

Setiap hari pujuk hati, bisik pada diri sendiri. Bagitahu diri untuk lepaskan insan yang tersayang dan serahkan sepenuhnya kepada pemilik sebenar Yang Maha Esa.

Terima dengan redha setiap apa yang berlaku. Kawal emosi dengan sabar dan redha. Ungkapkan selalu, “Aku Redha, Ya Allah.. Aku Redha.. Aku Redha..”

In shaa Allah, semakin lama kita akan semakin kuat. Ingat, didalam Surah Al-Insyirah dalam Al Quran ada disebutkan. Di setiap kesulitan ada kemudahan!

2. Susun atur kewangan.

Sebagai balu, majoriti memang mengalami masalah kewangan. Terasa sempit kewangan. Ya, ini kerana semua perbelanjaan kini dibahu ibu semata-mata.

Semasa suami masih hidup, segala susu anak, makan minum, pakaian, barang rumah, bil-bil air api, duit kereta, duit rumah, semua difikir oleh suami.

Kini tidak lagi, semuanya atas bahu isteri. Orang lain akan tumpang bersedih bersimpati dengan balu dalam masa 1 – 3 minggu. Selepas itu, balu sendiri kena fikir cara untuk survive.

Pada masa ini, balu sendiri boleh lihat siapa yang sebenarnya membantu dia. Siapa yang bagi sumbangan duit kepadanya dan anak-anak yatim.

Akhirnya, tinggallah Balu itu sendiri yang perlu bertungkus lumus bekerja dan mencari rezeki. Kewangan yang dapat itu, perlu diurus dengan baik.

Simpan dulu baru belanja. Belanja hanya keperluan. Segala kemahuan perlu ditangguhkan terlebih dahulu. Percayalah, bila dah urus kewangan dengan baik. In Shaa Allah, senang hidup Balu dan anak-anak arwah.

3. Berada dengan kalangan yang positif

Apabila menjadi ibu tunggal, tidak kira balu atau janda (Balu ialah kematian suami, janda ialah bercerai hidup dengan suami). Sememangnya akan jadi buah mulut orang bercakap.

Kadang tu, kita tak salah apa pun. Kita diam sahaja pun orang cakap, sindir, mengumpat dan buli kita. Pada masa ini, ibu tunggal kena mempunyai mind set yang sangat kuat dan super duper positif.

Abaikan kata-kata orang. Kena bagi kata-kata positif kepada diri sendiri seperti “Ahh.. pedulilah mereka nak cakap apa pun, bukan mereka bagi duit makan aku.”

Ya.. balu kena berada dilingkungan rakan-rakan dan saudara mara yang positif. Kita sendiri boleh rasa, sama ada mereka ni positif ke negatif.

Adakah mereka ini menaikkan semangat kita atau menjatuhkan semangat kita. Ingat, balu kena kuat kerana kita kini membina kehidupan baru.

4. Susun atur strategi kehidupan.

Balu atau ibu tunggal perlu ada strategi dalam kehidupan. Strategi membetulkan semula kehidupan. Ini dipanggil “Life Correction”.

Cuba duduk sendiri dan nilai dimana aku perlu repair semula kehidupan aku. Adakah dari segi kewangan? Adakah dari segi kerjaya? Adakah dari segi perhubungan?.

Tulis semua perkara apa yang kita ingin capai. Ini adalah konsep Design Semula kehidupan. Tulis dalam sebuah Drawing Block Putih. Lakarkan semua kisah baru hidup kita dan anak-anak.

Tulis dalam bentuk timeline. Dalam masa setahun ini apa aku nak capai. Berapa simpanan aku? Kerja apa aku nak buat? Cara macam mana nak dapat duit?

Rangka plan 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun. Segalanya tulis dan structure semula. Kisah kita seperti ingin buat bangunan baru, design lakaran bangunan di plan layout sebelum betul-betul menjadi bangunan tersergam indah.

In Shaa Allah, akan nampak satu demi satu hasil. Jangan gopoh nak cepat berjaya dan akhirnya give up. Just biarkan kejayaan datang satu demi satu. Yang penting fokus kepada diri kita sendiri.

5. Be a strong Independent Lady.

Apabila menjadi Balu, Janda sinonim digelar Ibu Tunggal. Semestinya akan automatik rasa lemah dan tak best dalam diri. Sebab status itu melemahkan.

Maka, tukarkan status Ibu Tunggal itu kepada Ibu Berdikari. Lebih hebat kita gelar sendiri “I am an Independent Lady”.

Hanya dengan tukar gelaran kepada diri sendiri. Kita akan rasa kita kuat, kita hebat. Ya lah, macam mana tak hebat. Semua benda kita buat sendiri.

Power tu..Kalah semua wanita yang mempunyai suami. Sebab Ibu Tunggal adalah insan terpilih oleh Allah SWT dan diberi kekuatan untuk dilaluinya.

In shaa Allah, percaya. Kepahitan dalam hidup hanya sekejap sahaja. Allah SWT akan gantikan rezeki dari pelbagai sudut. Terus sabar, redha dan kuat untuk harunginya.

You can do it !

Fara LaiQa
Balu dari 12 Jan 2015 – 11.11.2017

February 23, 2020 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

-Happy Independence Day- Bismillahirrahmanirahim.. Alhamdulillah.. Soft Lauch “INDEPENDENT LADY PARFUM” berjalan dengan Lancar di SEMINAR INDEPENDENT LADY baru-baru ini.. Ianya Lebih dikenali sebagai……..”IL PARFUM”……
.
‘IL Parfum’ bukan setakat PARFUM, Fara Letakkan SEMANGAT ‘Fara LaiQa – The Independent Lady‘ Didalam PARFUM Ini. Ianya adalah Pati Campuran Semangat Seorang Wanita, Kekuatan Wanita, Keyakinan Wanita, Berdiri Sendirinya Hanya Pergantungan Kepada ‘DIA’. IL Parfum diolah dengan Kelembutan, Keayuan, Kebaikan, Keikhlasan, Keriangan.. ‘IL Parfum’ Membuatkan Seseorang itu Berkeyakinan, Kuat Dan Tidak Sedikit Pun Gentar dengan setiap Challenge.. Tagline IL Parfum “WE SELL CONFIDENCE”…!
.
Independent Lady Parfum‘ mengalu-alukan Business Associate yang kami gelar “PRINCESS” (Agen-agen Independent Lady Perfume) untuk bersama-sama kami Berbicara Mengenai Peluang Perniagaan dan Pendapatan Sampingan.. Semua ‘PRINCESSES’ akan di adakan satu Gathering, Sesi Beramah Mesra dan get to know more about IL Parfum.
.
Untuk Dapatkan IL PARFUM, Bole Whatsapp +60197774805, +60137472780

https://www.facebook.com/zeaty.butik/videos/1266862440025258/

September 2, 2016 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

Seminar ini merupakan Cetusan Revolusi dimana kami akan berkongsikan pelbagai Info dan Tips bagaimana menjadi seorang Wanita yang Cantik Luaran, Cantik Dalaman, Mempunyai Aura Besar, Berjiwa Kuat, Pegangan Jitu kepadaNya, Disiplin yang Tinggi, Benteng Perlindungan Diri yang Tebal, Motivasi Luar Biasa Hebat, Mencipta Career & Perniagaan sekaligus membina sebuah Empayar!

In sha Allah will meet again at Seminar Independent Lady Revolution 2.0

CHAMPIONS Keep Going when they Don’t Have Anything Left in their Take..
That’s the difference between Greats..!
When They Don’t Have No More…
When It’s Over..
When They’re Tired..
When They’re Frustrated..
When They’re Ready To Give Up..
.
.
THAT’S WHEN THEY GET STARTED..!!!
.
THAT’S WHEN IT SHOWTIME…!!
.
Come On Ladies… We Can Do It…!!

September 2, 2016 0 comment
0 Facebook Twitter Google + Pinterest

CANER NK HAPPY DGN LIFE?
STRESS GILER DGN KEHIDUPAN?
============================

Satu Benda Kena ada Dalam Diri Anda:
“NOTHING WILL STOP ME”
.
They’re WINNERS and LOOSERS.
Pilih Nak Jadi Yang Macam Mane?
.
It’s Not Going To Be Ease! But It’s Not Impossible!
=====================================

START BUAT :
.
(1) MULAKAN PAGI DENGAN VISION
.
Mulakan Hari kita dengan VISI.
Mohon KepadaNya Sentiasa!.
It’s Not Going To be an Easy Road.
It’s Difficult But Hold On!
Put Your 120%. In shaa Allah… It’s Gonna Be Possible!
.

(2) MULA BERTINDAK!

Start Working On It.. Mulakan Buat!
Start Buat Mencapai Visi kita.. apa yang Kita Inginkan..
Klu x blh wat byk..Mulakan Sikit dulu..
Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit!
Cth : klu kita nak Kurus, Start Diet sikit demi sikit, Start Exercise, Start Sauna, Mulakan dan Buat.
Cth: Klu nk Business, Start Buat dgn apa yg kita ada? Plan, Study, Buat.
Cth: Nk Jd Best Student, Start Study, Start Master Subject yg kita nak Capai.
.
(3) LEARN!
Kalau Kata I DONT KNOW HOW TO DO IT?
Then….. LEARNNNNN!!!
.
(4) DON’T QUIT
Kalau Kita Give Up!
Kita tidak akan Kemana-mana..
If You QUIT However you’re Gonna Remain The Same!
.
(5) ENERGY , PASSION & DRIVE!
– Everyday Bangun Tido, Setiap Hari Kita, Kena Ada ENERGY!!!
Kena Ada PASSION…!
With Some Drive…!!!
.
I Know All Ladies Can Do It!
We’re STRONG!

Pain Is Temporary…!
Keep Moving!!!
.
Love All Of You!

Fara LaiQa – The Independent Lady
www.faralaiqa.com

August 5, 2016 0 comment
1 Facebook Twitter Google + Pinterest

Hi..! Selamat Datang ke Laman Eksklusif “INDEPENDENT LADY”.
.
‘Independent Lady’ merupakan Cetusan REVOLUSI dimana kami akan Berkongsi dengan anda pelbagai info dan tips yang sangat Berguna untuk menjadi seorang Wanita yang Cantik Luaran, Cantik Dalaman, Mempunyai Aura Besar, Berjiwa Kuat, Pegangan Jitu KepadaNya, Disiplin Yang Tinggi, Benteng Perlindungan Diri Yang Tebal, Motivasi Luar Biasa Hebat, Mencipta Career dan Perniagaan sekaligus Membina Sebuah Empayar.
.
‘Independent Lady’ adalah Diumpamakan Seperti Bangunan KLCC.
KLCC ialah MERCU TANDA Negara.
Ianya Cantik, Gah Dan Hebat..!
Tahukah Anda?
Kita Nampak Secara Mata Kasar, KLCC Hebat!
Namun, Bagaimana ASAS FOUNDATION nya Kuat Menyebabkan Ianya BERDIRI SENDIRI Dengan Megahnya Menjadi Mercu Tanda Negara Malaysia. AURA yang Besar Menjadikan Topik Perbualan Seluruh Dunia.

Perumpamaan KLCC ini adalah disimulasikan kedalam Modul ‘INDEPENDENT LADY’. Kami sediakan Asas Foundation kepada wanita-wanita di luar sana untuk Cantik Luaran, Dalaman, Aura Positive dan BERDIRI SENDIRI..!
.
Kami Jurutera Yang Bangunkan WANITA-WANITA!
.
Kami “INDEPENDENT LADIES” Yang Pergantungannya Hanya Kepada DIA Yang Maha Berdiri Sendiri!
.
All The Best Ladies..
We Can Do It..!
.
Fara LaiQa
www.faralaiqa.com
Email : admin@laiqalegacy.com

July 24, 2016 0 comment
1 Facebook Twitter Google + Pinterest
Kita Ada PILIHAN…
Nak Jadik PEREMPUAN LEMBIK ke…
PEREMPUAN YANG STRONG?
.
Pilih lah???
.
Cer Pilih…!
.
Korang Nak Jadik PEREMPUAN Yang Strong! Yang Lawa! Yang Pandai! Yang Best! Yang HEBAT! Yang Banyak Duit! Yang Baik! Yang Solehah! Yang Semua Best Giler! 
 
JUST DECIDE !
 
The Answer is : JUST DECIDE !
.
Say….!!!!
.
“YES….! I AM INDEPENDENT LADY..!”
.
-FaraLaiQa-
July 20, 2016 0 comment
1 Facebook Twitter Google + Pinterest

(1) Strong Ladies.

Mereka tetap TEGUH BERDIRI walaupun di dalam kehidupannya mereka lalui pelbagai Halangan & Cabaran, tidak kira sama ada dugaan besar atau kecil sehingga membuatkan dirinya jatuh terduduk, namun mereka masih mampu BANGKIT dan TEGUH BERDIRI.

(2) Positive Ladies.

Mereka sangat Positif sama ada dari segi pemikiran, tindakan, perbuatan, sikap, respons. Semuanya adalah POSITIF.

Mereka buang jauh-jauh segala Negativity di dalam kehidupan mereka.

Bila ada Challenges, dengan Segera FIND SOLUTION!

(3) Smart Ladies.

Sentiasa DRESS UP. Ceria Selalu.

Penampilan Mesti Sentiasa HAPPY.

SENYUM SENTIASA! 

Sembunyikan Segala Masalah. 

Independent Ladies Hanya Pamerkan Yang “Best Best Best” Sahaja.

Dengan INDEPENDENT LADY RULES Ini,

Kita akan ATTRACT Yang HEBAT-HEBAT Jer Dalam Life Kita !

Best Kan !!!
.
‪#‎IndependentLady‬
‪#‎MovingForward‬
‪#‎StrongLadiesClub‬

Fara LaiQa
www.faralaiqa.com
.
Contact us : +60197774805
Email : admin@laiqalegacy.com

July 13, 2016 0 comment
2 Facebook Twitter Google + Pinterest